ad
EXCO

Karnival Jelajah Belia Madani Selangor 4 Januari, tawar aktiviti menarik

23 Dis 2024, 6:53 AM
Karnival Jelajah Belia Madani Selangor 4 Januari, tawar aktiviti menarik
Karnival Jelajah Belia Madani Selangor 4 Januari, tawar aktiviti menarik

SHAH ALAM, 23 DIS: Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung Karnival Jelajah Belia Madani Selangor Siri Tiga di Pantai Remis, Jeram, Kuala Selangor pada 4 Januari depan.

EXCO Belia Najwan Halimi berkata acara disediakan antaranya pertandingan memancing dan karaoke, yang menawarkan hadiah wang tunai terkumpul lebih RM4,600.

Menurutnya, aktiviti lain termasuk pembersihan pantai, larian santai anak muda, pertandingan layang-layang dan konsert dibarisi artis tempatan seperti Amir Ukays dan Bagio Dramasutra.

“Jom sertai Karnival Jelajah Belia Madani Selangor Siri Tiga dengan pelbagai aktiviti menarik untuk semua lapisan masyarakat. Semua dijemput hadir, jangan lepaskan peluang untuk turut serta,” katanya di Facebook.

Najwan berkata acara lain turut diadakan seperti cabutan bertuah, Jualan Ehsan Rahmah (JER) dan pameran Iltizam Selangor Penyayang (ISP).

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.