ad
BERITA UTAMA

Selangor kaji insentif bantu ibu bekerja, pengusaha taska dan tadika

23 Dis 2024, 2:05 AM
Selangor kaji insentif bantu ibu bekerja, pengusaha taska dan tadika

SHAH ALAM, 23 DIS: Kerajaan Negeri akan mengkaji penjajaran semula beberapa insentif termasuk skim MamaKerja bagi memastikan manfaat bantuan diterima secara menyeluruh.

EXCO Pembangunan Wanita Anfaal Saari berkata antara yang sedang dipertimbang adalah insentif kepada pengusaha taska dan tadika bagi memenuhi objektif memberi sokongan kepada ibu bekerja.

“Program MamaKerja bersifat one-off dan diperkenal sejak November 2023. Untuk tahun depan, tiada peruntukan disediakan kepada insentif berkenaan.

“Kerajaan Negeri akan mengkaji penjajaran semula beberapa insentif kepada pengusaha taska dan tadika bagi memenuhi objektif yang sama, sokongan kepada ibu bekerja,” katanya kepada Media Selangor.

MamaKerja merupakan insentif untuk wanita bekerja yang merupakan antara manifesto Kerajaan Negeri ditawarkan kepada rakyat ketika pilihan raya negeri pada Ogos 2023.

Skim dengan bayaran one-off RM1,000 layak dimohon wanita bekerja memiliki tiga anak berusia bawah 12 tahun dengan pendapatan isi rumah tidak lebih RM8,000.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.