ad
AGENDA

Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kegiatan samun sekitar Seri Iskandar

22 Dis 2024, 3:00 PM
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kegiatan samun sekitar Seri Iskandar

IPOH, 22 DIS: Empat lelaki diberkas polis tidak sampai 24 jam selepas disyaki terlibat dalam kegiatan samun di kawasan sekitar Seri Iskandar.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah dalam kenyataan hari ini berkata keempat-empat suspek yang berusia antara 27 tahun hingga 35 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Perak Tengah, pada kira-kira 11.40 malam tadi.

Beliau berkata laporan polis telah dibuat oleh pengadu pada 10.06 pagi, semalam di Balai Polis Seri Iskandar.

"Kesemua suspek direman selama lima hari hingga 26 Dis untuk siasatan lanjut," katanya menambah kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Justeru, beliau berkata mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian jenayah berkenaan diminta menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Perak Tengah Insp Mohamad Zulkarnain Jusoh di talian 013-9740294.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.