ad
BERITA UTAMA

Pemilihan milikan PPR Harmoni Madani telus, EXCO jamin berlaku adil

22 Dis 2024, 5:25 AM
Pemilihan milikan PPR Harmoni Madani telus, EXCO jamin berlaku adil
Pemilihan milikan PPR Harmoni Madani telus, EXCO jamin berlaku adil

SHAH ALAM, 22 DIS: Pejabat EXCO sumber manusia dan pembasmian kemiskinan tidak terlibat dalam pemilihan pemilikan Program Residensi Rakyat (PRR) Harmoni Madani di Bestari Jaya, Kuala Selangor.

Sebaliknya, V Papparaidu memberitahu ia diteliti sepenuhnya Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) dan pemaju syarikat BerjayaCity Sdn Bhd (BerjayaCity) melibatkan lima estet.

Menurutnya, pemaju menetapkan syarat individu yang layak menerima rumah itu mestilah berkhidmat lebih 10 tahun (pada 2015), dengan hanya satu wakil sahaja dikira dalam setiap isi rumah.

“Pada 13 Februari, saya mempengerusikan mesyuarat isu pekerja ladang bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), wakil rakyat Permatang, pemaju dan wakil pekerja ladang tersebut.

[caption id="attachment_629116" align="alignright" width="473"] EXCO Sumber Manusia V Papparaidu mempelawa rakyat Selangor memohon program BikeCare-1000 iaitu bantuan bayaran pendahuluan pembelian motosikal untuk pekerja sehingga 1 Mac ini. Foto Pejabat EXCO Sumber Manusia[/caption]

“Dalam perbincangan ini, jumlah bilangan pekerja yang dimaklumkan wakil pekerja seramai 245 orang, manakala jumlah yang dikemukakan BerjayaCity 69 orang sahaja,” katanya menerusi kenyataan.

Bagi mengatasi perkata itu, Papparaidu menjelaskan baki 176 nama lagi yang dinyatakan wakil pekerja akan ditapis semula oleh BerjayaCity bersama wakil Kerajaan Selangor dan LPHS.

Dalam pada itu, beliau meminta bekas pekerja ladang untuk mengambil ikhtibar isu Ladang Sungai Balata di Kuala Kubu Baharu yang tertangguh selama 25 tahun akibat campur tangan politik.

“Saya ingin menegaskan terdapat beberapa gangguan daripada individu dan parti-parti politik yang merumitkan lagi proses penyediaan projek perumahan ini.

“Permintaan saya kepada bekas-bekas pekerja ini supaya tidak terpedaya dengan janji manis seperti bulan dan bintang yang pada akhirnya akan menjadi satu fitnah,” tegasnya.

Pada masa sama, beliau turut memberi jaminan untuk berlaku adil kepada semua pihak khususnya individu yang terlibat dalam isu perumahan terbabit.

Mei lalu, Menteri KPKT Nga Kor Ming mengumumkan pembinaan projek perumahan rakyat untuk 245 peneroka membabitkan lima estet sekitar Bestari Jaya, sekali gus mengakhiri penantian 26 tahun.

Menurut Kor Ming, projek seluas 8.09 hektar itu melibatkan penduduk estet Ladang Mary, Ladang Nigel Garder, Ladang Bukit Tagar, Ladang Sungai Tinggi dan Ladang Minyak.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.