OLEH AIDA NYAN
SUBANG JAYA, 22 DIS: Seramai 192 pelajar sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan menerima bantuan kelengkapan persekolahan menerusi program Kembali ke Sekolah 2025.
Penyelarasnya Halimey Abu Bakar berkata agihan RM100 setiap seorang sumbangan Kerajaan Negeri bertujuan meringankan beban keluarga menjelang sesi persekolahan akan datang.
[caption id="attachment_678883" align="aligncenter" width="775"] Ahli Parlimen Lee Chean Chung (kiri) dan Penyelaras DUN Taman Medan Halimey Abu Bakar (kanan) membantu seorang murid mencuba seragam sekolah ketika program Kembali ke Sekolah 2025 anjuran DUN Taman Medan di Pasaraya Mydin, Subang Jaya pada 21 Disember 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
"Kita khususkan bantuan ini kepada anak-anak sekolah kebangsaan dan penerima meliputi satu keluarga seorang pelajar," katanya kepada Media Selangor.
Majlis penyerahan berlangsung di Pasaraya Mydin Subang Jaya, semalam, yang turut dihadiri Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung.
[caption id="attachment_678884" align="aligncenter" width="737"] Penerima baucar mencuba kelengkapan persekolahan ketika program Kembali ke Sekolah 2025 anjuran penyelaras DUN Taman Medan di Pasaraya Mydin, Subang Jaya pada 21 Disember 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Kerajaan Selangor memperuntuk sejumlah RM1.7 juta bagi membantu seramai 16,800 pelajar dari keluarga berpendapatan rendah di 56 DUN, untuk membeli kelengkapan sekolah.
Selain itu, Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) oleh Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) turut menyediakan set beg sekolah dan alat tulis kepada ahlinya yang memasuki tahun 1 pada 2024.