ad
AGENDA

Angin kencang rosakkan 30 rumah, masjid di Semporna

22 Dis 2024, 3:55 AM
Angin kencang rosakkan 30 rumah, masjid di Semporna

SEMPORNA, 22 DIS: Kira-kira 30 rumah serta sebuah masjid di dua perkampungan atas air di sini rosak akibat angin kencang yang melanda pada 4.30 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna Madzlan Sarman berkata dianggarkan 20 rumah serta sebuah masjid di Kampung Selamat rosak dan 10 rumah rosak di Kampung Seri Aman.

"Kami menerima panggilan berhubung kejadian pada 6.21 pagi dan sepasukan anggota digerakkan ke lokasi. Selain rumah, kira-kira 20 kenderaan turut rosak," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Menurut Madzlan, kejadian itu menyebabkan berlaku litar pintas dan Sabah Electricity serta pasukan bomba menjalankan pemeriksaan bagi memastikan tiada bahaya lain.

Tiada mangsa dilaporkan cedera dan operasi tamat pada 7.38 pagi, katanya.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.