ad
ADN

Hentian Buku Selangor temukan pencinta ilmu, meriahkan kompleks perhentian Kajang

21 Dis 2024, 12:00 PM
Hentian Buku Selangor temukan pencinta ilmu, meriahkan kompleks perhentian Kajang
Hentian Buku Selangor temukan pencinta ilmu, meriahkan kompleks perhentian Kajang
Hentian Buku Selangor temukan pencinta ilmu, meriahkan kompleks perhentian Kajang

HULU LANGAT, 21 DIS: Kompleks Perhentian Kajang di Jalan Reko di sini, dijangka kembali meriah dengan kewujudan pusat sehenti buku terpakai yang pertama di Lembah Klang, Hentian Buku Selangor.

Menempatkan lebih 150,000 buku terpakai, buku nadir dan buku baharu, Hentian Buku Selangor yang mula beroperasi Mei lalu merupakan hasil inisiatif Kota Buku Bangi.

Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan berkata kewujudan Hentian Buku Selangor selaras dengan fungsi Bangi sebagai bandar ilmu serta Kajang yang terkenal sebagai bandar warisan.

[caption id="attachment_678803" align="aligncenter" width="1145"] Tokoh Wartawan Negara Tan Sri Johan Jaaffar (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan (tengah) ketika perasmian Hentian Buku Selangor di Kompleks Perhentian Kajang, Hulu Langat pada 21 Disember 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Saya harap ia menjadi permulaan untuk kita semarakkan keinginan masyarakat dan menjadikan tempat ini sebagai tempat pertemuan untuk pencinta buku.

“Inisiatif ini juga selari dengan hasrat Malaysia Madani yang mahu membina tamadun baharu lebih progresif, dan perkara itu tidak boleh dicapai tanpa memupuk budaya membaca,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyempurnakan perasmian Hentian Buku Selangor di Kompleks Perhentian Kajang di sini, hari ini yang turut dihadiri Tokoh Wartawan Negara Tan Sri Johan Jaaffar.

Sementara itu, Pengerusi Kota Buku Bangi Syed Mohd Zakir Syed Othman Al-Yahya berkata Hentian Buku Selangor akan mengadakan Pasar Buku setiap bulan bagi menarik kehadiran pengunjung.

Beliau turut menyasarkan tambahan sehingga 15 kedai buku menjelang tahun depan berbanding hanya tujuh kedai buku yang sedang beroperasi ketika ini.

“Selepas pandemik Covid-19, tempat ini sunyi dan selepas ini kita harap ia kembali meriah dengan kehadiran pencinta buku. Di sini ada buku bermula pada harga RM1 sehingga yang paling tidak ternilai,” katanya.

[caption id="attachment_678804" align="aligncenter" width="1255"] Orang ramai melihat pameran buku selepas perasmian Hentian Buku Selangor di Kompleks Perhentian Kajang, Hulu Langat pada 21 Disember 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.