KUANTAN, 21 DIS: Sebanyak RM8 juta diperuntuk tahun depan bagi melaksana program pembangunan mahasiswa anak Selangor, kata Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.
Menurut beliau kos itu termasuk penganjuran Jerayawara Siswa #KitaSelangor ke semua negeri bertujuan memperkenalkan inisiatif ditawar negeri antaranya baucar buku dan data internet percuma.
“Kita juga akan mempromosikan bantuan disediakan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor untuk golongan pelajar seperti Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor (Sepintas).
“Selain itu negeri turut meneruskan program bas percuma untuk bawa pulang anak Selangor ketika hari raya. Sekarang ada subsidi tiket terbang kapal terbang (FLYSiswa) Sabah Sarawak dan kita akan lihat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika acara dialog bersama mahasiswa ketika Program Jerayawara Siswa #KitaSelangor 2024 di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) hari ini.
Menurut Amirudin, peruntukan berkenaan turut mengakumi program latihan dan menggilap kemahiran yang dapat memanfaatkan golongan pelajar.
Dato’ Menteri Besar turut mengingatkan pelajar supaya menjalin hubungan bersama komuniti selain mengambil tahu perkembangan semasa.
Langkah itu akan mewujudkan keterhubungan dua hala selain memberi kesan baik kepada elemen bersosial pelajar.
“Ini satu keperluan untuk anda bergiat aktif dengan persatuan kerana untuk membentuk sifat kemanusiaan, ia bukan sekadar membaca, dengar ceramah semata tetapi perkunya hubungan sesama manusia,” katanya.