ad
AGENSI

Perkasa usahawan wanita, Hijrah Selangor tawar pembiayaan hingga RM50,000

20 Dis 2024, 3:30 PM
Perkasa usahawan wanita, Hijrah Selangor tawar pembiayaan hingga RM50,000
Perkasa usahawan wanita, Hijrah Selangor tawar pembiayaan hingga RM50,000

SHAH ALAM, 20 DIS: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) menawarkan bantuan modal khusus kepada usahawan wanita yang ingin mengembangkan perniagaan secara berkumpulan.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, pembiayaan di bawah skim Niaga Darul Ehsan (NaDi) itu menawarkan modal sehingga RM50,000 serta terbuka kepada pemohon berumur 18 hingga 65 tahun.

" Kembangkan perniagaan anda bersama rakan-rakan dengan Skim NaDI Hijrah Selangor! Dapatkan pembiayaan sehingga RM50,000 khas untuk usahawan wanita berkumpulan di Sabak Bernam dan Hulu Selangor. Dengan kerjasama bersama, kita mampu mencipta kerjayaan yang lebih besar!

“Layari hijrahselangor.com untuk maklumat lanjut atau imbas kod QR (poster di bawah) untuk permohonan online,” maklumnya di Facebook.

Pada 11 September lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Hijrah Selangor berkata pihaknya meluluskan 90,475 pembiayaan sejak awal penubuhannya pada 2015 hingga Ogos lalu.

Jelas Dato’ Mearia Hamzah, pembiayaan itu telah memanfaat 60,249 usahawan Hijrah Selangor, sekali gus membantu mereka melakukan pusingan modal perniagaan serta membeli kelengkapan perniagaan.

Sebelum ini Mearia memaklumkan pihaknya meletak sasaran untuk memberi pinjaman RM1 bilion kepada usahawan sempena sambutan ulang tahun kesembilan agensi itu pada tahun ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.