ad
AGENDA

Jurulatih beregu lelaki negara Bin Shen tinggalkan BAM

20 Dis 2024, 12:30 PM
Jurulatih beregu lelaki negara Bin Shen tinggalkan BAM

KUALA LUMPUR, 20 DIS: Jurulatih kebangsaan Tan Bin Shen akan meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 13 Jan ini.

BAM dalam kenyataan hari ini menzahirkan penghargaan kepada Bin Shen atas dedikasi dan sumbangan beliau kepada badminton Malaysia terutamanya dalam memainkan peranan ke atas pencapaian bekas juara dunia dan pemenang pingat Olimpik Aaron Chia and Soh Wooi Yik.

"Ia satu perjalanan yang memberikan kepuasan bekerja dengan pasukan beregu lelaki. Saya bangga dengan apa yang kami capai bersama dan saya teruja untuk cabaran baharu akan datang," kata Bin Shen yang menyertai BAM sebagai jurulatih beregu lelaki pada 2020 dan telah memainkan peranan penting dalam pembangunan pasukan itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung BAM Datuk Kenny Goh berkata Bin Shen telah memberikan sumbangan signifikan kepada badminton negara dan komitmen beliau dalam membangunkan bakat dan juara adalah tidak ternilai.

"Kami amat berterima kasih atas kerja keras dan dedikasi beliau," kata Kenny.

BAM turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Bin Shen dalam beliau memulakan lembaran baharu kariernya dan persatuan itu akan mengumumkan ketua jurulatih baharu beregu lelaki apabila tiba masanya.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.