ad
AGENDA

Tengku Permaisuri seru media main peranan tingkat kesedaran kebajikan haiwan

19 Dis 2024, 12:00 PM
Tengku Permaisuri seru media main peranan tingkat kesedaran kebajikan haiwan
Tengku Permaisuri seru media main peranan tingkat kesedaran kebajikan haiwan
Tengku Permaisuri seru media main peranan tingkat kesedaran kebajikan haiwan

GOMBAK, 19 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor berkenan mencadangkan lima langkah bernas bagi memastikan kebajikan haiwan terus terpelihara di negara ini.

Tengku Permaisuri Hajah Norashikin bertitah peranan media amat penting dalam meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya menerusi kempen berterusan bagi mendidik rakyat.

“Cadangan kedua, peranan kerajaan dalam menyalurkan dana khusus kepada kebajikan haiwan amatlah penting.

“Ia sebagaimana yang dilakukan di Turkiye dan negara Barat lain, di mana isu kebajikan haiwan ini hangat diperdebatkan di Parlimen dan sangat berpengaruh mengubah nasib haiwan terutamanya haiwan jalanan,” titah Baginda.

[caption id="attachment_678519" align="alignnone" width="797"] DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan melihat kucing direruai pameran ketika program perbincangan meja bulat mengenai kesedaran pengurusan dan kemampanan haiwan di semua institusi pengajian tinggi dan masjid-masjid Wilayah Persekutuan dan Putrajaya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak pada 19 Disember 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Bagi cadangan ketiga, Tengku Permaisuri berharap kerjasama antara pihak berkuasa tempatan dan komuniti diperkukuh, selain masyarakat perlu melapor penganiayaan haiwan serta berperanan dalam aktiviti sukarelawan.

Baginda bertitah, Kementerian Pendidikan diseru mewajibkan penubuhan kelab atau persatuan pencinta haiwan di sekolah dan institusi pengajian tinggi bagi memupuk sifat empati sejak muda.

“Cadangan kelima, syarikat swasta yang berkemampuan perlu memainkan peranan dalam program CSR (tanggungjawab sosial korporat) atau dengan menyalurkan dana serta menyediakan bantuan kepada pusat perlindungan haiwan yang berkaitan,” titah Baginda.

[caption id="attachment_678520" align="alignnone" width="839"] DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan bergambar bersama ahli Kelab Abu Hurairah direruai pameran ketika program perbincangan meja bulat mengenai kesedaran pengurusan dan kemampanan haiwan di semua institusi pengajian tinggi dan masjid-masjid Wilayah Persekutuan dan Putrajaya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak pada 19 Disember 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Titah cadangan Tengku Permaisuri dizahirkan menerusi perbincangan meja bulat mengenai kesedaran pengurusan dan kemampanan haiwan di semua institusi pengajian tinggi dan masjid Wilayah Persekutuan dan Putrajaya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, hari ini.

Diskusi anjuran Community Action to Save Animals (CATSA) Flagship UIAM dan Kelab Abu Hurairah UIAM bertujuan memupuk kerjasama antara semua pihak berkaitan dalam mencari penyelesaian kolektif menguruskan haiwan terbiar.

Dalam majlis sama, Tengku Norashikin turut berkenan melancarkan buku 'Tails of Triump' yang merupakan koleksi himpunan kisah haiwan yang berjaya diselamatkan di kampus UIAM.

Hadir sama Rektor UIAM Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Datuk Hasanuddin Mohd Yunus.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.