ad
AGENDA

Cuti sekolah: Operasi pejabat pengeluar pasport dilanjut hingga 8 malam

19 Dis 2024, 8:05 AM
Cuti sekolah: Operasi pejabat pengeluar pasport dilanjut hingga 8 malam

PUTRAJAYA, 19 DIS: Waktu pengoperasian pejabat pengeluar pasport Jabatan Imigresen (JIM) di seluruh negara dilanjutkan selama tiga jam hingga 8 malam sempena cuti persekolahan bermula Sabtu ini hingga 28 Dis.

JIM dalam hantaran menerusi laman Facebook rasmi memaklumkan waktu pengoperasian di semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu adalah bermula 8 pagi hingga 8 malam pada 23 hingga 26 Dis.

Waktu operasi adalah 8 pagi hingga 3 petang pada 21, 27 dan 28 Dis.

Sementara itu, waktu pengoperasian pejabat pengeluar pasport JIM bagi Johor, Kedah, Terengganu dan Kelantan adalah 8 pagi hingga 8 malam pada 22 hingga 24 Dis.

Waktu operasi adalah 8 pagi hingga 3 petang pada 21 dan 28 Dis ini manakala 8 pagi hingga 6.30 petang pada 26 Dis.

“Kami berharap dengan pelanjutan waktu operasi ini akan dapat membantu melancarkan urusan anda,” menurut hantaran itu.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.