ad
AGENDA

Disyaki miliki dadah, reman selebriti lelaki disambung empat hari

19 Dis 2024, 2:56 AM
Disyaki miliki dadah, reman selebriti lelaki disambung empat hari

PUTRAJAYA, 19 DIS: Tempoh reman seorang selebriti tempatan yang ditahan baru-baru ini kerana disyaki memiliki dadah jenis ganja disambung empat hari hingga Ahad ini, kata Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman.

Norhizam berkata proses sambung reman itu dibuat selepas kes berkenaan dirujuk kepada Majistret Mahkamah Sepang Muhammad Bukhori Md Ruslan berikutan tempoh reman lelaki berusia 41 tahun itu tamat hari ini.

“Tempoh reman selebriti ini disambung empat hari. Hari ini kes dirujuk kepada Majistret Muhammad Bukhori,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahad lepas, selebriti lelaki itu ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam satu serbuan oleh sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang kira-kira 3.10 petang di sebuah rumah teres di Cyberjaya di sini.

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati itu positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).

Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.