ad
AGENDA

Mangsa bah di Johor kekal 36 orang pagi ini

19 Dis 2024, 12:59 AM
Mangsa bah di Johor kekal 36 orang pagi ini

JOHOR BAHRU, 19 DIS: Keadaan banjir di Johor tidak berubah dengan jumlah mangsa kekal 36 orang daripada 11 keluarga, setakat 8 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Batu Badak di Segamat, yang dibuka sejak 29 November lalu.

"Ini susulan kediaman mereka di Kampung Seberang Batu Badak masih digenangi banjir termenung.

"Selain itu, hanya stesen Sungai Paya Dato di Mersing dilaporkan melebihi paras bahaya dengan bacaan 2.47 meter (trend menaik)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, keadaan cuaca di daerah Johor Bahru, Pontian, Kluang, dan Kulai dijangka cerah, manakala Muar, Batu Pahat, Kota Tinggi, dan Tangkak mendung, sementara Mersing dan Segamat diramalkan hujan pada pagi ini.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.