ad
PBT

Langgar syarat operasi lesen, MPS arah kilang proses keluli ditutup

18 Dis 2024, 10:30 AM
Langgar syarat operasi lesen, MPS arah kilang proses keluli ditutup
Langgar syarat operasi lesen, MPS arah kilang proses keluli ditutup
Langgar syarat operasi lesen, MPS arah kilang proses keluli ditutup

GOMBAK, 18 DIS : Sebuah kilang memproses keluli di Taman Perindustrian Kuang di sini diarah tutup serta-merta oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) hari ini kerana melanggar syarat operasi lesen.

Timbalan Yang Dipertuanya Adi Faizal Ahmad Tarmizi berkata kilang berkenaan didapati melanggar arahan kerana beroperasi di lokasi berbeza, tidak sama seperti dinyatakan dalam lesen.

[caption id="attachment_678394" align="aligncenter" width="797"] Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Adi Faizal Ahmad Tarmizi bercakap kepada media selepas meninjau sekitar kilang ketika operasi operasi bersepadu bersama Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Urus Air Selangor di Taman Perindustrian Kuang, Gombak pada 18 Disember 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Kilang ini sepatutnya beroperasi di premis bernombor 1, tetapi mereka menggunakan premis nombor 6 tidak sama dalam lesen. Ini adalah pelanggaran serius dan lesen kilang itu dibatalkan serta-merta sehingga dimaklum kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas operasi bersepadu bersama Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Urus Air Selangor membabitkan 30 anggota di kawasan perindustrian berkenaan.

Operasi yeng bermula 11.30 pagi hingga 2 petang itu turut mengeluarkan empat kompaun atas kesalahan tiada lesen, halangan laluan dan pelepasan efluen perindustrian tanpa kawalan.

Beliau berkata kilang berkenaan masing-masing dikompaun RM1,000 dan tindakan lebih tegas termasuk penutupan premis bakal dikenakan sekiranya pemilik masih gagal mematuhi syarat ditetapkan MPS.

[caption id="attachment_678396" align="aligncenter" width="811"] Operasi bersepadu Majlis Perbandaran Selayang bersama Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Urus Air Selangor di Taman Perindustrian Kuang, Gombak pada 18 Disember 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Sebenarnya (operasi) ini merupakan pemeriksaan rutin tetapi kita turut mengambil kira pandangan dan nasihat dari Kerajaan Negeri dan kerajaan persekutuan supaya pengusaha premis mematuhi segala undang-undang yang ada.

“MPS akan memperhebatkan operasi membanteras kilang haram dari semasa ke semasa dengan kerjasama pelbagai agensi selain mengarahkan semua jabatan sentiasa peka aduan setempat,” katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.