ad
AGENSI

SIBF 2024 perkukuh kedudukan Selangor sebagai pusat literasi serantau

18 Dis 2024, 8:00 AM
SIBF 2024 perkukuh kedudukan Selangor sebagai pusat literasi serantau
SIBF 2024 perkukuh kedudukan Selangor sebagai pusat literasi serantau
SIBF 2024 perkukuh kedudukan Selangor sebagai pusat literasi serantau
SIBF 2024 perkukuh kedudukan Selangor sebagai pusat literasi serantau
SIBF 2024 perkukuh kedudukan Selangor sebagai pusat literasi serantau
SIBF 2024 perkukuh kedudukan Selangor sebagai pusat literasi serantau
SIBF 2024 perkukuh kedudukan Selangor sebagai pusat literasi serantau

SHAH ALAM, 18 DIS: Penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2024 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) memperkukuh kedudukan Selangor sebagai pusat literasi serantau.

Ketua Unit Korporat PPAS Zafrullah Aris berkata ini berikutan penganjurannya mengangkat karya tempatan ke peringkat antarabangsa melalui penyertaan rakan industri buku sebagai felo.

[caption id="attachment_654863" align="aligncenter" width="807"] Ketua Bahagian Unit Korporat Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Zafrullah Aris ketika ditemui di Pesta Buku Kanak-Kanak Selangor 2024 di Kompleks PKNS Shah Alam pada 28 Julai 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Antara negara terlibat ialah Jepun, India, Algeria, United Arab Emirates, Vietnam, Thailand dan Filipina. Pemilihan China sebagai Negara Fokus sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia- China dan penglibatan Kedutaan Rusia melalui Russian House in Kuala Lumpur memberikan dimensi antarabangsa yang lebih mendalam.

"Seramai 320 pempamer termasuk dari Singapura, Indonesia dan China mengambil bahagian meliputi bahan bacaan pelbagai genre dengan aktiviti antaranya pentas utama, piano kanak-kanak dan pentas akademik," katanya dalam kenyataan.

[caption id="attachment_676085" align="aligncenter" width="791"] Pengunjung memilih buku direruai pameran Book Cafe dalam Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 1 Disember 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Bertempat di Pusat Konvensyen Setia City, pesta buku sempena Sidang Kemuncak Pendidikan Selangor (SES) pada 27 November hingga 3 Disember lalu menarik sekitar 230,000 pengunjung.

Disempurnakan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, SES dan SIBF berlangsung meriah dengan pelbagai pengisian menarik untuk semua lapisan umur.

Turut berlangsung Ekspo Penyelidikan dan Inovasi Selangor (SRIE), Ekspo Pendidikan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) Selangor serta Worldskills Malaysia Selangor 2024.

[caption id="attachment_676089" align="aligncenter" width="809"] DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi EXCO Belia Najwan Halimi (kiri) dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Datin Paduka Mastura Muhamad berkenan berangkat pada Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 27 November 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_676093" align="aligncenter" width="812"] Pengunjung tidak melepaskan peluang mencuba sukan memanah pada Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam pada 30 November 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_676224" align="aligncenter" width="812"] Pengunjung memilih buku terjemahan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) sempena hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 3 Disember 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_676091" align="aligncenter" width="812"] Kanak-kanak mencuba robot kawalan jauh di Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 1 Disember 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.