ad
AGENSI

Infrasel baik pulih, selenggara 10 jalan dalam tempoh 24 jam

18 Dis 2024, 4:12 AM
Infrasel baik pulih, selenggara 10 jalan dalam tempoh 24 jam

SHAH ALAM, 18 DIS: Syarikat penyelenggara jalan negeri, Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) menjalankan kerja membaik pulih dan menyelenggara jalan di empat daerah antara 17 Disember hingga hari ini.

Infrasel memaklumkan kerja turapan dibuat di Klang, Shah Alam, Banting dan Sabak Bernam bagi memastikan keadaan jalan raya lebih selamat dan selesa buat pengguna.

“Daerah Klang membabitkan empat jalan iaitu Jalan Telok Gong, Jalan Kampung Lombong, Jalan Haji Imam dan Jalan Persiaran Sungai Pinang.

“Manakala Shah Alam pula Jalan Bukit Badak, Kampung Melayu Subang, Jalan Komuter Batu Tiga dan Jalan Persiaran Jubli Perak diikuti Jalan Utama Seri Cheding (Banting) dan Jalan Parit 1 (Sabak Bernam),” maklumnya menerusi laman X.

Infrasel menggalakkan orang ramai terus membuat aduan dengan memuat naik ciapan di X, #INFRASEL #NamaJalan #Daerah.

Sebelum ini, EXCO Infrastruktur Dato’ Ir Izham Hashim berkata sejumlah RM20 juta diperuntuk untuk melaksanakan Projek Turapan Mega.

Kerja pembaikan melibatkan semua laluan termasuk jalan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kampung.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.