ad
AGENDA

Tiga warga tempatan keluar masuk sempadan Malaysia-Thailand secara haram ditahan

18 Dis 2024, 4:04 AM
Tiga warga tempatan keluar masuk sempadan Malaysia-Thailand secara haram ditahan

KOTA BHARU, 18 DIS: Tiga lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki keluar masuk sempadan Malaysia-Thailand, di Kelantan melalui laluan tidak diwartakan di pangkalan haram Pohon Jambu, Rantau Panjang, Pasir Mas, Isnin lalu.

Komander Beiged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata ketiga-tiga suspek berusia 30-an itu ditahan kira-kira 4 petang oleh sepasukan anggota Batalion 9 menerusi Op Taring Wawasan Kelantan.

Beliau berkata suspek yang ditahan merupakan dua penumpang serta seorang pemandu bot yang cuba melarikan diri dan hasil pemeriksaan ke atas mereka tidak menemukan sebarang kegiatan menyalahi undang-undang.

“Suspek ditahan mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 dan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk tindakan selanjutnya.

“PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan rentas sempadan secara haram dari terus berleluasa di sempadan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, polis Kelantan menegaskan akan menahan rakyat Malaysia yang menggunakan laluan pangkalan haram untuk menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand khususnya di sepanjang Sungai Golok bermula 1 Disember lalu.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.