ad
AGENDA

Peniaga rugi lebih RM2 juta terperdaya pelaburan saham dalam talian

18 Dis 2024, 2:46 AM
Peniaga rugi lebih RM2 juta terperdaya pelaburan saham dalam talian
Peniaga rugi lebih RM2 juta terperdaya pelaburan saham dalam talian

JOHOR BAHRU, 18 DIS: Pemilik kedai pakaian kerugian lebih RM2 juta selepas mendakwa terperdaya dengan pelaburan saham dalam talian.

Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata lelaki warga emas berusia 70 tahun itu dimasukkan ke dalam satu kumpulan aplikasi WhatsApp selepas tertarik dengan iklan pelaburan mata wang asing yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Beliau berkata mangsa kemudiannya berurusan dengan 'ketua' kumpulan itu bagi mendapatkan maklumat lanjut.

"Mangsa yang percaya dengan keuntungan segera dijanjikan kemudiannya membuat pembayaran berjumlah RM2,118,000 ke beberapa akaun bank yang diarahkan suspek antara November lalu hingga awal bulan ini.

[caption id="attachment_658616" align="alignleft" width="400"] Ketua Polis Johor Datuk M Kumar. Foto BERNAMA[/caption]

"Selain itu, mangsa juga mengikut arahan suspek dengan memuat turun aplikasi yang diarahkan dan mendaftar akaun di aplikasi tersebut bagi memantau pelaburannya," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Kumar berkata setelah bayaran dibuat, mangsa melihat status pelaburannya di aplikasi yang didaftarkan itu mencatatkan keuntungan lebih RM6.2 juta.

Seterusnya, mangsa mahu menjual kembali saham tersebut tetapi tidak berjaya malah wang hasil keuntungan pelaburan juga tidak dapat dikeluarkan dan dia percaya telah ditipu sebelum membuat laporan polis di Batu Pahat dekat sini semalam.

"Kes disiasat di bawah kesalahan tipu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.