ad
AGENSI

Pascabah: Skuad Ihsan Madani kutip lebih 90 tan sisa banjir di Tumpat

18 Dis 2024, 2:19 AM
Pascabah: Skuad Ihsan Madani kutip lebih 90 tan sisa banjir di Tumpat
Pascabah: Skuad Ihsan Madani kutip lebih 90 tan sisa banjir di Tumpat
Pascabah: Skuad Ihsan Madani kutip lebih 90 tan sisa banjir di Tumpat
Pascabah: Skuad Ihsan Madani kutip lebih 90 tan sisa banjir di Tumpat
Pascabah: Skuad Ihsan Madani kutip lebih 90 tan sisa banjir di Tumpat
Pascabah: Skuad Ihsan Madani kutip lebih 90 tan sisa banjir di Tumpat

SHAH ALAM, 18 DIS: Skuad Ihsan Madani mengutip 90.75 janaan sisa banjir di Taman Sri Bayu dan Taman Sri Dalam Rhu, daerah Tumpat, Kelantan yang terjejas bencana itu dalam operasi bermula semalam.

Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) berkata operasi pembersihan melibatkan 130 anggota dan 11 jentera ‘Roll On Roll Off’ (Roro) dari pelbagai agensi Kerajaan Negeri.

“Operasi tamat pada jam 3 petang membabitkan 38 rondaan oleh petugas dari KDEB Waste Management (KDEBWM), pihak berkuasa tempatan (PBT), pasukan sukarelawan Selangor (SERVE) dan Team Selangor.

“Operasi melibatkan 38 rondaan dan akan bersambung hari ini,” katanya dalam kenyataan.

[caption id="attachment_678335" align="aligncenter" width="1244"] Skuad Ihsan Madani melibatkan 130 anggota dan 11 jentera terbabit dalam operasi pascabah di Taman Sri Bayu dan Taman Sri Dalam Rhu Tumpat, Kelantan bermula 17 Disember 2024. Foto Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) Selangor[/caption]

Isnin lalu, Dato’ Menteri Besar berkata Kerajaan Negeri menggerakkan Skuad Ihsan Madani terdiri daripada anggota PBT dan sukarelawan ke Kelantan bagi operasi pascabah.

Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan pasukan melibatkan 130 individu bersama 45 jentera antaranya lori tangki dan lori Roro akan melaksana kerja pembersihan bermula Selasa (semalam) sehingga Khamis ini.

Jelasnya, skuad yang turut disertai syarikat kutipan sampah negeri KDEBWM menumpukan pembersihan infrastruktur awam yang terkesan selain rumah penduduk terjejas.

Sebelum ini, Selangor turut menghantar pasukan bantuan bagi membantu mangsa banjir di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.

[caption id="attachment_678333" align="aligncenter" width="1224"] Seramai 130 anggota dan 11 jentera digunakan bagi membantu mengutip dan membersihkan sisa bah di Taman Sri Bayu dan Taman Sri Dalam Rhu Tumpat, Kelantan bermula 17 Disember 2024. Foto Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) Selangor[/caption]

[caption id="attachment_678334" align="aligncenter" width="1110"] Sebanyak 11 jentera ‘Roll On Roll Off’ (Roro) dari pelbagai agensi Kerajaan Negeri digunakan dalam operasi pascabah di Taman Sri Bayu dan Taman Sri Dalam Rhu Tumpat, Kelantan bermula 17 Disember 2024. Foto Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) Selangor[/caption]

[caption id="attachment_678332" align="aligncenter" width="989"] Skuad Ihsan Madani membantu mengutip dan membersihkan sisa bah di Taman Sri Bayu dan Taman Sri Dalam Rhu Tumpat, Kelantan bermula 17 Disember 2024. Foto Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) Selangor[/caption]

[caption id="attachment_678338" align="aligncenter" width="960"] Skuad Ihsan Madani melibatkan 130 anggota dan 11 jentera terbabit dalam operasi pascabah di Taman Sri Bayu dan Taman Sri Dalam Rhu Tumpat, Kelantan bermula 17 Disember 2024. Foto Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) Selangor[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.