ad
AGENDA

Hampir 7,000 penduduk Selangor terima manfaat saringan kesihatan percuma

17 Dis 2024, 9:00 AM
Hampir 7,000 penduduk Selangor terima manfaat saringan kesihatan percuma

SHAH ALAM, 17 DIS: Hampir 7,000 rakyat Selangor menjalani pemeriksaan kesihatan percuma setakat ini dengan 38 peratus daripadanya adalah penduduk berusia 46 hingga 64 tahun.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata, pemeriksaan kesihatan gigi secara percuma anjuran Kerajaan Negeri pula merekodkan penyertaan 3,867 orang setakat 31 Oktober.

"Bagi melebarkan lagi capaian saringan, Kerajaan Negeri turut melaksanakan program saringan kesihatan khas untuk warga emas.

"Kita yakin inisiatif ini akan terlihat dampak jangka masa panjang terhadap masa depan negeri. Kita harap lebih ramai lagi rakyat mengambil bahagian dalam saringan percuma ini," katanya menerusi Facebook.

Menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2025, Amirudin mengumumkan saringan percuma diteruskan dengan peruntukan RM2 juta.

Program Selangor Saring diperkenal pada 2022 bagi membantu penduduk mengesan penyakit lebih awal dengan menyasar individu mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.