ad
AGENSI

Jualan murah Rumpun Selangor manfaatkan rakyat, sambung tahun depan

17 Dis 2024, 4:00 AM
Jualan murah Rumpun Selangor manfaatkan rakyat, sambung tahun depan
Jualan murah Rumpun Selangor manfaatkan rakyat, sambung tahun depan

SHAH ALAM, 17 DIS: Lebih 15,000 pengguna mendapat manfaat melalui program jualan murah barangan asas di tiga daerah sempena Gagasan Rumpun Selangor tahun ini, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan program anjuran Kerajaan Negeri bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Selangor turut merekodkan hasil jualan sebanyak RM900,000.

“Barangan asas seperti barangan kering dan basah ditawarkan pada harga diskaun, sedikit sebanyak mampu meringankan beban terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Rumpun Selangor 2024 di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini, malam tadi.

[caption id="attachment_678187" align="alignright" width="477"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas merasmikan Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Rumpun Selangor 2024 di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 16 Disember 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Dalam pada itu, Amirudin memberitahu program jualan tersebut akan diteruskan tahun hadapan dan diselaraskan dengan program Jualan Ehsan Rahmah (JER).

“Pelarasan supaya lebih banyak kawasan yang kita jelajah dan lebih ramai pihak mendapat manfaat daripada program ini,” jelasnya.

Dalam program berkenaan, ayam dijual RM10 seekor, daging pejal segar (RM10/pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Gagasan Rumpun Selangor diperkenal bagi memperkukuh semangat perpaduan nasional dan sistem masyarakat di negeri ini.

Pelaksanaannya meliputi enam agenda utama iaitu karnival dan eksplorasi, dasar, lagu perpaduan serta penstrukturan dan pemerkasaan institusi kepimpinan kampung.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.