ad
AGENSI

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri sertai larian kebajikan di Sabak Bernam

16 Dis 2024, 2:00 PM
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri sertai larian kebajikan di Sabak Bernam
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri sertai larian kebajikan di Sabak Bernam
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri sertai larian kebajikan di Sabak Bernam

SHAH ALAM, 16 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan berangkat menyertai Larian Kebajikan dan Inklusiviti Teras Inspirasi (KITA) di Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap, Sungai Besar dekat Sabak Bernam, semalam.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin serta Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

[caption id="attachment_678143" align="aligncenter" width="698"] DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj melepaskan peserta Larian Kebajikan dan Inklusiviti Teras Inspirasi (KITA) di Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap, Sungai Besar dekat Sabak Bernam pada 15 Disember 2024. Foto Facebook Selangor Royal Office[/caption]

Baginda tiba kira-kira jam 7.30 pagi dan melepaskan seramai 2,500 peserta larian 3 kilometer(km) dan 5km merentasi kawasan sawah padi di kampung berkenaan, sebelum turut serta menyertai para peserta.

Baginda bertiga turut berkenan memakai kain pelikat dan kain batik bagi menepati tema dan memeriahkan acara.

Hadir sama, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, EXCO Pelancongan Dato' Ng Suee Lim dan EXCO Kemajuan Desa Datuk Rizam Ismail.

[caption id="attachment_678142" align="aligncenter" width="684"] DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menyertai Larian Kebajikan dan Inklusiviti Teras Inspirasi (KITA) pada 15 Disember 2024. Foto Facebook Selangor Royal Office[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.