ad
ADN

SIWANIS bawa usul 50 peratus wanita dalam politik, kos sara hidup

16 Dis 2024, 7:32 AM
SIWANIS bawa usul 50 peratus wanita dalam politik, kos sara hidup

SHAH ALAM, 16 DIS: Peningkatan penyertaan wanita dalam politik antara usul dibawa Sidang Wanita Selangor (SIWANIS) 2024 yang berlangsung di Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Bermula 8 pagi hingga 5.30 petang, program yang dianjurkan sejak tahun lalu turut menyentuh isu kos sara hidup golongan rentan, yang dibahaskan 56 peserta dari seluruh Dewan Undangan Negeri.

Selaras misinya, SIWANIS menggesa Kerajaan Negeri meneliti cadangan meletakkan sekurang-kurangnya 50 peratus perwakilan wanita dalam politik bagi mencapai kesaksamaan gender.

Program itu merupakan simulasi DNS untuk mengumpulkan wanita dalam satu platform bagi membentuk pemimpin berkualiti dan berkemahiran dalam menguasai isu serta dasar.

Sebelum berlangsung kemuncak SIWANIS, peserta melalui beberapa siri bengkel dengan diberi pendedahan mengenai pengenalan proses pembuatan dasar, kepentingan dasar dan gender.

Melalui program ini, WBS menerima 118 permohonan dan calon daripada pelbagai latar belakang dengan setiap orang melalui sesi temuduga serta penilaian pengucapan awam.

Seramai 78 orang disenarai pendek untuk ke bengkel siri 1 dan peserta akan dinilai dan disaring kepada 56 perwakilan DNS dan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.