ad
AGENDA

Selangor bakal sumbang RM500,000 bantu Kelantan pulih selepas banjir

16 Dis 2024, 5:46 AM
Selangor bakal sumbang RM500,000 bantu Kelantan pulih selepas banjir
Selangor bakal sumbang RM500,000 bantu Kelantan pulih selepas banjir
Selangor bakal sumbang RM500,000 bantu Kelantan pulih selepas banjir

SHAH ALAM, 16 DIS: Selangor bakal menyumbang RM500,000 kepada kerajaan Kelantan sebagai bantuan sokongan selepas negeri itu berdepan insiden banjir, hujung bulan lalu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bantuan itu bagi meringankan beban negeri berkenaan untuk membaik pulih infrastruktur dan kemudahan lain yang rosak.

Beliau menjelaskan perkara tersebut akan dicadang dan dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Rabu ini sebelum keputusannya dimuktamadkan.

[caption id="attachment_678077" align="alignright" width="793"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas melepaskan konvoi Misi Bantuan Bencana Skuad Ihsan Madani Misi #KitaSelangor Penyayang Bantuan Pasca Banjir Negeri Kelantan di Dataran SUK, Shah Alam pada 16 Disember 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Kita memang ada Tabung Selangor Prihatin yang akan disalur kepada mana-mana tempat ditimpa bencana selain di negeri ini,” katanya ditemui selepas melepaskan konvoi Skuad Ihsan Madani ke Kelantan bagi operasi pascabah pagi ini.

Pada Disember 2022, Kerajaan Selangor turut menyumbang nilai sama kepada Kelantan dan Terengganu bagi membantu kedua-dua negeri, selain tanda simpati dengan nasib menimpa rakyat di sana.

Sementara itu, pengarah urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) berkata pihaknya menghantar 21 kakitangan serta lima lori ‘Roll On Roll Off’ (Roro) bagi memudahkan misi pembersihan di Kelantan.

[caption id="attachment_678068" align="aligncenter" width="721"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari melepaskan konvoi Misi Bantuan Bencana Skuad Ihsan Madani Misi #KitaSelangor Penyayang Bantuan Pasca Banjir Negeri Kelantan di Dataran SUK, Shah Alam pada 16 Disember 2024. Hadir sama EXCO Pengurusan Bencana Najwan Halimi (tiga, kanan). Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Kita bersedia menghantar lebih banyak aset dan tenaga kerja sekiranya diperlukan. Kita mahu pastikan kerja berjalan lancar dan membantu sebaik mungkin,” kata Dato’ Ramli Mohd Tahir.

Hari ini, Kerajaan Negeri menggerakkan Skuad Ihsan Madani terdiri daripada anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) dan sukarelawan ke Kelantan bagi operasi pascabah sehingga Khamis.

Misi berkenaan menumpukan pembersihan infrastruktur awam yang terkesan seperti masjid dan surau, selain rumah penduduk yang terjejas terus.

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.