Oleh Anna Farina Abdul Rauf
HULU LANGAT, 15 DIS: Program Bantuan Masuk Sekolah Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam membantu meringankan perbelanjaan ibu bapa terutama menjelang sesi persekolahan tahun depan.
Ahli Dewan Negeri Dusun Tua Datuk Johan Abd Aziz berkata program itu memberi manfaat kepada penerima khususnya golongan berpendapatan rendah.
"Ibu bapa tidak perlu membeli beg sekolah selepas permohonan mereka diluluskan, duit yang ada boleh digunakan untuk membeli keperluan sekolah lain.
[caption id="attachment_677942" align="aligncenter" width="1092"] ADN Dusun Tua Datuk Wira Johan Abd Aziz berucap sempena program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) kepada ahli Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) 2025 bagi penerima DUN Semenyih dan Dusun Tua di Dewan Kompleks Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) @Setia Eco Hill, Kajang pada 14 Disember 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
"Saya yakin dan percaya, program ini sangat bermanfaat terutama kepada golongan B40 dan kurang berkemampuan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis serahan Bantuan Masuk Sekolah Tawas 2025 peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua dan Semenyih di Setia Eco Hill Semenyih, semalam.
Dalam majlis berkenaan, 593 pelajar kelahiran 2018 DUN terbabit menerima set barangan sekolah Tawas berupa beg sekolah, alat tulis, botol air, bekas makanan, dompet serta tali penyandang (landyard).
Tawas antara program kebajikan negeri dilancarkan pada 2008 terbuka kepada anak kelahiran Selangor yang memenuhi syarat dan perlu didaftar sebelum anak berusia tiga tahun. Ahli menerima RM1,500 apabila berusia 18 tahun.
[caption id="attachment_677842" align="aligncenter" width="1035"] Sebahagian ahli Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) menunjukkan beg sekolah yang diterima sempena program Bantuan Masuk Sekolah Tawas 2025 peringkat DUN Semenyih dan Dusun Tua di Dewan Kompleks Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) @Setia Eco Hill, Hulu Langat pada 14 Disember 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_677841" align="aligncenter" width="1275"] Ahli Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) ditemani ibu bapa masing-masing beratur untuk mendapatkan bantuan kelengkapan persekolah sempena program Bantuan Masuk Sekolah Tawas 2025 peringkat DUN Semenyih dan Dusun Tua di Dewan Kompleks Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) @Setia Eco Hill, Hulu Langat pada 14 Disember 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]