ad
AGENSI

593 kanak-kanak terima bantuan persekolahan Tawas, ibu bapa terharu

15 Dis 2024, 8:30 AM
593 kanak-kanak terima bantuan persekolahan Tawas, ibu bapa terharu
593 kanak-kanak terima bantuan persekolahan Tawas, ibu bapa terharu
593 kanak-kanak terima bantuan persekolahan Tawas, ibu bapa terharu
593 kanak-kanak terima bantuan persekolahan Tawas, ibu bapa terharu

HULU LANGAT, 15 DIS: Kegembiraan terpancar pada wajah 593 kanak-kanak sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dan Dusun Tua apabila menerima bantuan persekolahan daripada Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas).

Mereka adalah ahli Tawas yang lahir pada 2018 dan akan menduduki tahun satu Februari depan.

Ibu kepada salah seorang penerima, Norhalijaton Asma Abdul Wahab, 37, berkata, sumbangan berupa beg dan peralatan sekolah itu membantu meringankan beban keluarganya.

[caption id="attachment_677946" align="aligncenter" width="1146"] Norhalijaton Asma Abdul Wahab, 37. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Harga buku meningkat, tak macam dulu. Agak membebankan. Dengan bantuan Tawas ini ia dapat meringankan beban kami, pada saya program ini perlu diteruskan," katanya ditemui selepas majlis serahan Bantuan Masuk Sekolah Tawas 2025 peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua dan Semenyih di Setia Eco Hill Semenyih, di sini semalam.

Majlis berkenaan disempurnakan Ahli Dewan Negeri Dusun Tua Datuk Johan Abd Aziz yang juga penyelaras DUN Semenyih.

Sementara itu, suri rumah Suhaila Md Sukor, 42, dia sekeluarga menghargai sumbangan berkenaan yang dapat membantu menguruskan perbelanjaan persekolahan anak-anaknya.

"Anak saya enam orang, sudah tentu perbelanjaan tinggi apatah lagi saya suri rumah. Jadi dengan bantuan ini ia sangat membantu saya meringankan beban. Terima kasih Kerajaan Negeri," katanya.

[caption id="attachment_677947" align="alignleft" width="533"] Suhaila Md Sukor, 42. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Seramai 593 pelajar kelahiran 2018 DUN terbabit menerima set barangan sekolah Tawas berupa beg sekolah, alat tulis, botol air, bekas makanan, dompet serta tali penyandang (landyard).

Tawas antara program kebajikan negeri dilancarkan pada 2008 terbuka kepada anak kelahiran Selangor yang memenuhi syarat dan perlu didaftar sebelum anak berusia tiga tahun. Ahli menerima RM1,500 apabila berusia 18 tahun.

[caption id="attachment_677843" align="aligncenter" width="1219"] ADN Dusun Tua Datuk Johan Abd Aziz bersama sebahagian ahli Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) selepas merasmikan program Bantuan Masuk Sekolah Tawas 2025 peringkat DUN Semenyih dan Dusun Tua di Dewan Kompleks Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) @Setia Eco Hill, Hulu Langat pada 14 Disember 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.