ad
AGENDA

Tiga kilang perabot, kotak terbakar di Puncak Alam

15 Dis 2024, 12:30 AM
Tiga kilang perabot, kotak terbakar di Puncak Alam

SHAH ALAM, 15 DIS: Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 9.44 malam.

“Laporan awal komander operasi memaklumkan kebakaran terbabit melibatkan tiga kilang berkeluasan 100x80 kilometer persegi dengan setiap satu sedang marak terbakar dan kerja pemadaman masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad Mukhlis berkata sebanyak 33 pegawai dan anggota dari tujuh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) membabitkan Bestari Jaya, Sungai Buloh, Kapar, Bukit Jelutong, Petaling Jaya, Damansara dan Batu Arang digerakkan untuk melakukan kerja operasi pemadaman.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.