ad
BERITA UTAMA

Negeri naik taraf sistem saliran Sungai Kayu Ara, cegah risiko bah kilat

13 Dis 2024, 4:24 AM
Negeri naik taraf sistem saliran Sungai Kayu Ara, cegah risiko bah kilat
Negeri naik taraf sistem saliran Sungai Kayu Ara, cegah risiko bah kilat
Negeri naik taraf sistem saliran Sungai Kayu Ara, cegah risiko bah kilat

PETALING JAYA, 13 DIS: Selangor memperuntuk lebih RM6 juta bagi menaik taraf sistem saliran di Sungai Kayu Ara untuk mengurangkan risiko banjir kilat sekitar Kampung Cempaka di sini, sejak 2021.

EXCO alam sekitar berkata projek bermula sejak 6 April 2022 melibatkan binaan kolam tadahan seluas 0.4 hektar, tembok penahan, perlindungan cerun sepanjang 1 meter dan gabion (sangkar batu).

Siap dilaksanakan Jabatan Pengairan dan Saliran pada 8 November, usaha itu juga menurut Jamaliah Jamaluddin untuk menangani masalah hakisan tanah dan memperkukuh struktur sungai.

[caption id="attachment_677696" align="alignleft" width="451"] EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin ketika sidang media perasmian kolam tadahan Sungai Kayu Ara di Kampung Cempaka, PJU1, Petaling Jaya pada 13 Disember 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Kolam tadahan tersebut dapat menampung air hujan sebanyak 48,000 meter padu. (Langkah ini) untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk di sini.

“(Sebelum ini) banjir paling buruk melanda pada 2021, air naik setinggi lima hingga enam kaki (dan) menjejaskan 90 keluarga di Kampung Cempaka,” katanya ditemui selepas merasmikan projek itu.

Jamaliah yang juga wakil rakyat Bandar Utama berkata Selangor komited meneruskan projek pencegahan banjir di bahagian hilir sungai, termasuk kawasan PJU 1/4 hingga Jalan Emas 1 di daerah itu.

Sementara itu, Jurutera JPS Daerah Petaling Ir Mohd Shahril Mohd memaklumkan pelaksanaan projek di PJU 1/4 hingga Jalan Emas bermula Jun lalu kini mencapai tahap kemajuan 10 peratus.

“Projek menumpukan kerja pelebaran Sungai Ara untuk menambah kapasiti air yang ditampung, termasuk membina pam skru bagi mengalirkan air hujan dari darat ke sungai.

“Selain itu, tembok sepanjang 1.5 kilometer turut akan dibina dan projek dijangka siap pada Jun 2026 mengikut jadual,” jelasnya.

[caption id="attachment_677698" align="aligncenter" width="719"] EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin diberi taklimat oleh Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Petaling Ir Mohd Shahril Mohd (kanan) ketika sidang media perasmian kolam tadahan Sungai Kayu Ara di Kampung Cempaka, PJU1, Petaling Jaya pada 13 Disember 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.