ad
AGENDA

Banjir pulih di Kelantan, PPS terakhir ditutup petang tadi

11 Dis 2024, 12:34 PM
Banjir pulih di Kelantan, PPS terakhir ditutup petang tadi

KOTA BHARU, 11 DIS: Gelombang kedua banjir yang melanda Kelantan sejak Isnin lalu pulih sepenuhnya setelah pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di jajahan Gua Musang menamatkan operasinya petang tadi.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Jajahan Gua Musang Bun Tham a/l Eh Gin berkata PPS Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1 yang menempatkan 41 orang ditutup sekitar 5 petang tadi.

"Alhamdulillah, kesemua mangsa yang terjejas dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing 5 petang tadi susulan banjir di penempatan mereka sudah surut, selain pihak penguat kuasa juga berpuas hati untuk membenarkan mereka pulang ke rumah masing-masing," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, portal infobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merekodkan Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada paras bahaya dengan bacaan 9.16 meter (m), manakala Sungai Kelantan di Kuala Krai melepasi paras amaran iaitu 24.09 m.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang melibatkan tujuh negeri bermula 8 Disember lalu sehingga hari ini termasuk Kelantan, Terengganu dan Perlis.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.