ad
AGENDA

Selangor terbuka terima teguran, komited segerakan projek tebatan bah

11 Dis 2024, 5:05 AM
Selangor terbuka terima teguran, komited segerakan projek tebatan bah
Selangor terbuka terima teguran, komited segerakan projek tebatan bah

KLANG, 11 DIS: Kerajaan Selangor menerima dengan hati terbuka teguran Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berhubung situasi banjir kilat di negeri ini.

Dato’ Menteri Besar berkata satu pasukan khas ditubuhkan terdiri daripada agensi negeri dan persekutuan serta pihak berkuasa tempatan bagi meneliti pelan dan mitigasi banjir secara menyuruh.

“Pentadbiran ini menerima dengan hati terbuka teguran Tuanku yang sebenarnya menzahirkan betapa prihatinnya Tuanku terhadap nasib rakyat supaya tidak mengalami nasib seperti negeri lain.

“Patik menyatakan komitmen untuk mempercepat usaha ini supaya kelewatan dapat dielak, (disebabkan) sebelum ini sering kali berlaku akibat budaya bekerja silo di peringkat agensi,” katanya.

[caption id="attachment_677369" align="aligncenter" width="776"] Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sembah ucapan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-79 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Istana Alam Shah, Klang pada 11 Disember 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berkata demikian dalam sembah ucapan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Istana Alam Shah, hari ini.

Amirudin berkata kira-kira RM1.774 bilion diperuntuk bagi mengatasi banjir sekitar Petaling dan Klang untuk melaksanakan rancangan tebatan banjir dan kolam takungan dwifungsi.

Beliau turut menekankan pimpinan negeri terutama barisan EXCO supaya menggerakkan usaha sama ada projek pendalaman sungai dan pelebaran saliran atau kolam takungan.

Tambahnya, Kerajaan Negeri juga bakal mengurangkan 90 peratus risiko pencemaran air sungai apabila Skim Jaminan Air Mentah melibatkan kos RM320 juta siap sepenuhnya.

“Patik dengan sukacita ingin memaklumkan dua daripada empat pakej utama siap sepenuhnya. Dua lagi dalam proses kerja pelencongan sungai di muka sauk Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2, dan 3 yang akan siap sepenuhnya bulan ini.

“Ini akan membolehkan proses pengujian dan pentauliahan untuk dilaksanakan pada Januari 2025,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.