ad
AGENDA

EXCO, ketua pegawai eksekutif MBI antara 94 penerima darjah kebesaran Selangor

11 Dis 2024, 3:32 AM
EXCO, ketua pegawai eksekutif MBI antara 94 penerima darjah kebesaran Selangor
EXCO, ketua pegawai eksekutif MBI antara 94 penerima darjah kebesaran Selangor
EXCO, ketua pegawai eksekutif MBI antara 94 penerima darjah kebesaran Selangor
EXCO, ketua pegawai eksekutif MBI antara 94 penerima darjah kebesaran Selangor
EXCO, ketua pegawai eksekutif MBI antara 94 penerima darjah kebesaran Selangor
EXCO, ketua pegawai eksekutif MBI antara 94 penerima darjah kebesaran Selangor
EXCO, ketua pegawai eksekutif MBI antara 94 penerima darjah kebesaran Selangor
EXCO, ketua pegawai eksekutif MBI antara 94 penerima darjah kebesaran Selangor

KLANG, 11 DIS: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mengetuai senarai 94 penerima darjah dan bintang kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-79 Sultan Selangor hari ini.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mengurniakan darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor kepada Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz yang membawa gelaran Dato’ Seri.

Dalam istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Baginda turut berkenan mengurniakan darjah kebesaran sama kepada Pengerusi Eksekutif The Edge Communication Sdn Bhd Tan Sri Tong Kooi Ong.

Darjah kebesaran Dato’ Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.) yang membawa gelaran Dato’ Setia pula diberikan kepada anggota Lembaga Pengampunan Selangor Dato’ Nik Suhaimi Nik Sulaiman.

Seramai 11 penerima dianugerah darjah kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) yang membawa gelaran Dato’ dan Datin Paduka antaranya EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim serta mantan Datuk Bandar Shah Alam Cheremi Tarman.

Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Muhammad Farhan Wijaya; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Dato’ Dr Sirajudin Suhaimee serta Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Saipolyazan Mat Yusop bersama 12 individu lain menerima darjah kebesaran Dato’-Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.) yang membawa gelaran Dato’ manakala Datin Paduka untuk wanita.

[caption id="attachment_677401" align="aligncenter" width="700"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari ketika sembah ucapan taat setia sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-79 Sultan Selangor di Balairung Seri Istana Alam Shah, Klang pada 11 Disember 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SEANGOR[/caption]

Pemenang pingat emas acara individu Kejohanan Boling Dunia, di Kuwait tahun lalu yang juga merupakan olahragawati negara 2023, Natasha Mohamed Roslan dikurnia anugerah Ahli Kegemilangan Sukan (A.K.S).

Seramai 11 individu menerima anugerah Setia Mahkota Selangor (S.M.S) antaranya Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Sabrina Adnan dan Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Selangor Salwana Ahmad Dahlan.

Anugerah Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S) pula diberi kepada 11 individu antaranya Pengarah Hospital Shah Alam Dr Ruzita Othman.

Darjah kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S) dikurnia kepada 16 penerima termasuk Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Nadia Mohd Izhar dan Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Klang Mohd Hairuddin Ab Rahim.

Pemain bola sepak kebangsaan yang juga pemain Selangor FC Faisal Halim turut tersenarai dalam 17 penerima anugerah Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S) selain Pegawai Laksana KD Sri Indera Sakti Leftenan Komander Jefrydin Jamaludin.

Manakala, dua atlet negara dikurnia Bintang Kecemerlangan Sukan Selangor (B.K.S) iaitu pemain petanque Saiful Bahri Musmin dan olahragawati paralimpik kebangsaan tahun lalu yang juga atlet berbasikal, Farina Shafawati Mohd Adnan.

Bintang Perkhidmatan Cemerlang (B.P.C) pula diberi kepada tujuh individu antaranya Penolong Pengarah Kanan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor Nor Hanizan Sahib dan Penolong Penguasa Jabatan Imigresen negeri S Sri Jayanthi.

Terdahulu, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin serta Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari turut berangkat ke istiadat berkenaan.

[caption id="attachment_677381" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mengurniakan Darjah Paduka Mahkota Selangor kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz yang membawa gelaran Dato’ Seri sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-79 Sultan Selangor di Balairung Seri Istana Alam Shah, Klang pada 11 Disember 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SEANGOR[/caption]

[caption id="attachment_677384" align="aligncenter" width="699"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor Dato' Ir Izham Hashim sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-79 Sultan Selangor di Balairung Seri Istana Alam Shah, Klang pada 11 Disember 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SEANGOR[/caption]

[caption id="attachment_677387" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Dato' Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) kepada Ketua Pegawai Eksekutif MBI Dato' Saipolyazan Mat Yusop sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-79 Sultan Selangor di Balairung Seri Istana Alam Shah, Klang pada 11 Disember 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SEANGOR[/caption]

[caption id="attachment_677397" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Dato' Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) kepada Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Dato' Muhammad Farhan Wijaya sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-79 Sultan Selangor di Balairung Seri Istana Alam Shah, Klang pada 11 Disember 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SEANGOR[/caption]

[caption id="attachment_677383" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Ahli Sultan Sharafuddin Idris Shah (AIS) kepada Pemain Bola Sepak Selangor Mohamad Faisal Abdul Halim sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-79 Sultan Selangor di Balairung Seri Istana Alam Shah, Klang pada 11 Disember 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_677399" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (AMS) kepada Pegawai Staf 2 Belanjawan, Markas 11 Briged, Kem Sungai Buloh Mejar Nurshuhada Mohtar sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-79 Sultan Selangor di Balairung Seri Istana Alam Shah, Klang pada 11 Disember 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SEANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.