ad
AGENDA

Amaran hujan lebat berterusan tahap buruk, waspada di enam negeri

10 Dis 2024, 5:56 AM
Amaran hujan lebat berterusan tahap buruk, waspada di enam negeri
Amaran hujan lebat berterusan tahap buruk, waspada di enam negeri

KUALA LUMPUR, 10 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat tahap buruk dan waspada di enam negeri yang diramal berlaku hingga esok dan Khamis ini.

Ketua Pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip menerusi kenyataan dikeluarkan pada 1 tengah hari ini memaklumkan, hujan lebat berterusan tahap buruk diramal melanda empat daerah di Terengganu iaitu Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman selain Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang sehingga esok.

Hujan berterusan tahap waspada sehingga Khamis ini dijangka berlaku di seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.

Turut dijangka mengalami cuaca sama hingga Khamis di Perak melibatkan kawasan Hulu Perak dan Kuala Kangsar, seluruh Kelantan dan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu).

Beberapa kawasan di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Temerloh dan Bera dijangka mengalami hujan berterusan tahap waspada hingga esok.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan itu dan menghubungi talian hotline 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

-- BERNAMA

[caption id="attachment_677171" align="aligncenter" width="630"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.