ad
AGENDA

Enam cedera dalam kemalangan libatkan lima kenderaan di Kajang

9 Dis 2024, 8:00 AM
Enam cedera dalam kemalangan libatkan lima kenderaan di Kajang

KUALA LUMPUR, 9 DIS: Enam cedera dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan termasuk sebuah ambulans di Jalan Kajang Perdana, Kajang pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata enam anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang bergegas ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima maklumat berhubung insiden itu pada pukul 9.50 pagi.

"Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati kemalangan melibatkan sebuah van Toyota Hiace, ambulans Kementerian Kesihatan, kereta Hyundai Starex dan dua motosikal Yamaha Y15 serta Nouva LC.

"Akibat kemalangan itu seorang wanita yang menunggang motosikal cedera parah akibat tersepit, dan dia berjaya dikeluarkan anggota bomba, manakala tiga lelaki serta dua wanita, lagi cedera ringan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua mereka yang berusia lingkungan 22 hingga 41 tahun dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan lanjut, dan polis sedang menyiasat punca kejadian.

- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.