ad
AGENSI

Raja Muda berkenan kurnia ijazah kepada 204 graduan Putra Business School

8 Dis 2024, 7:00 AM
Raja Muda berkenan kurnia ijazah kepada 204 graduan Putra Business School
Raja Muda berkenan kurnia ijazah kepada 204 graduan Putra Business School

SERDANG, 8 DIS: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor berkenan mengurniakan ijazah kepada 204 graduan sempena Majlis Konvokesyen Putra Business School (PBS) 2024, hari ini.

Tengku Amir Shah yang juga Canselor PBS menyerahkan ijazah kepada graduan peringkat Doktor Falsafah (PhD), Sarjana Sains (MSc), Sarjana Pengurusan Perniagaan dan Sijil Lepasan Ijazah Pentadbiran Perniagaan.

Pada majlis itu baginda turut berkenan melancarkan logo baharu PBS yang melambangkan simbol perkembangan, transformasi dan keunggulan institusi itu untuk terus melahirkan graduan cemerlang pada masa akan datang.

Terdahulu, keberangkatan tiba Baginda di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Universiti Putra Malaysia (UPM) disambut Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan PBS Dato’ Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PBS Prof Dr Azmawani Abd Rahman.

[caption id="attachment_676865" align="aligncenter" width="763"] Suasana Majlis Konvokesyen Putra Business School yang berlangsung di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Universiti Putra Malaysia (UPM)pada 8 Disember 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR.[/caption]

Sementara itu penerima Anugerah Presiden 2024 Program Coursework Sarjana Pengurusan Perniagaan berkata pembelajaran di PBS yang seimbang antara teori dan amali memperkukuh jaringan profesional yang menjadi antara elemen penting dalam peningkatan kerjaya.

Suphasan Boonratana, 36, berkata sebagai pengurus prestasi teknikal di sebuah syarikat multinasional, bidang pengkhususan kerjayanya banyak tertumpu kepada kejuruteraan namun, ilmu yang diperoleh di PBS telah memberikan dimensi tambahan yang penting kepada kerjayanya.

Katanya, pembelajaran di PBS yang menggabungkan teori dan amali membantunya memahami aspek kejuruteraan dari perspektif yang lebih menyeluruh sekali gus melengkapkan kemahirannya.

“Ilmu ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan kerja tetapi juga memperkukuh keupayaan membina hubungan profesional yang bermanfaat,” katanya.

Suphasan antara 204 graduan PBS yang menerima ijazah masing-masing sempena majlis penuh istiadat itu yang disempurnakan Tengku Amir Shah selaku Canselor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.