SHAH ALAM, 8 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Hulu Selangor, Klang, Gombak, Kuala Langat dan Hulu Langat hingga 4 petang.
Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan beberapa kawasan di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah diramal alami keadaan sama.
MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.