GOMBAK, 8 DIS: Kerajaan Negeri dijangka memuktamadkan ratifikasi Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) pada akhir tahun ini.
Dato’ Menteri Besar berkata akta tersebut mampu mengurangkan kos pengurusan sisa pepejal yang kini ditanggung oleh Kerajaan Negeri menerusi KDEB Waste Management (KDEBWM).
Dato’ Sri Amirudin Shari menambah kos operasi yang ditampung Selangor bagi memungut satu metrik tan sampah anggaran nilai RM7 hingga RM8 banding RM14 pada nilai pasaran.
[caption id="attachment_676808" align="aligncenter" width="788"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap dalam majlis pelancaran Karnival Alam Sekitar Majlis Perbandaran Selayang di Padang Awam Taman Batu Caves, Gombak pada 7 Disember 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Antara kelebihan perjanjian 672 ini adalah Kerajaan Persekutuan akan mempunyai sebahagian dana untuk menampung kekurangan.
“Keadaan sekarang kutipan sisa pepejal itu dibuat dengan kos yang sangat ketat, hingga menyebabkan lambakan tambahan terutama pada masa musim perayaan selain pihak yang mengambil jalan pintas membuang di kawasan pelupusan sampah haram.
“Jadi apabila kita tandatangani perjanjian 672 ini, ia akan dapat menampung dari segi kos dan dalam proses akhir (tandatangani perjanjian),” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Alam Sekitar 2024 peringkat Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Taman Awam Batu Caves di sini, semalam.
[caption id="attachment_676807" align="aligncenter" width="766"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyampaikan cek cura dalam majlis pelancaran Karnival Alam Sekitar Majlis Perbandaran Selayang di Padang Awam Taman Batu Caves, Gombak pada 7 Disember 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Sebelum ini, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor menzahirkan dukacita dengan tahap kebersihan Bandaraya Diraja Klang yang masih kotor dan tidak teratur.
Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah walaupun pembangunan berkembang pesat, masih terdapat kawasan yang kotor termasuk sungai yang teruk tercemar dengan sampah sarap.
Baginda turut menitahkan satu pelan menyeluruh dirangka dengan segera dan satu pasukan khas dibentuk bagi mengatasi masalah tersebut.