ad
AGENDA

Pameran 30 tahun LZS di Pustaka Raja Tun Uda, sasar 20,000 pengunjung

6 Dis 2024, 12:00 PM
Pameran 30 tahun LZS di Pustaka Raja Tun Uda, sasar 20,000 pengunjung
Pameran 30 tahun LZS di Pustaka Raja Tun Uda, sasar 20,000 pengunjung
Pameran 30 tahun LZS di Pustaka Raja Tun Uda, sasar 20,000 pengunjung

SHAH ALAM, 6 DIS : Orang ramai dipelawa berkunjung ke Pameran 30 Tahun Jubli Mutiara Lembaga Zakat Selangor (LZS) sepanjang Disember di Pustaka Raja Tun Uda, di sini.

Bermula jam 10 pagi hingga 6 petang, ketua pegawai eksekutifnya berkata pameran itu merupakan platform mengetengahkan perjalanan 30 tahun LZS dalam menyantuni masyarakat.

Menurut Mohd Sabirin Mohd Sarbini, 20,000 pengunjung disasar mengunjungi program yang meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan berzakat sebagai pemangkin pembangunan ummah.

[caption id="attachment_676630" align="alignnone" width="868"] Ahli Lembaga Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (MAIS), Mohd Sabirin Mohd Sarbini dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Datin Paduka Mastura Muhamad di Pameran Jubli Mutiara 30 Tahun Lembaga Zakat Selangor di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) pada 6 Disember 2024. Turut sama. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Secara umum pameran ini adalah untuk berkongsi kepada semua berhubung evolusi dan perjalanan LZS dari awal penubuhan dengan hanya satu cawangan berkembang hingga hari ini kepada 18 cawangan dengan 650 pekerja.

“Pameran ini juga berhubung perkembangan LZS agihkan kutipan zakat dari tahun pertama pada 1994 bermula dengan hanya RM16 juta kepada lebih RM1 bilion sejak 2022 hingga kini.

“Justeru, kami menyeru orang ramai, agensi, sekolah dan anak syarikat Kerajaan Negeri untuk hadir melihat sendiri evolusi LZS dari awal sehingga 30 tahun penubuhan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Pameran 30 Tahun Jubli Mutiara LZS yang dirasmikan Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda.

[caption id="attachment_676631" align="alignnone" width="794"] Pameran Jubli Mutiara 30 Tahun Lembaga Zakat Selangor di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) pada 6 Disember 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

Pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang pameran antaranya reruai informasi berkaitan perkhidmatan LZS, kuiz interaktif, pertandingan mewarna dan program Start With Sepuluh.

Program yang mendapat kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) turut menyajikan sesi bercerita meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan zakat.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari www.zakatselangor.com.my atau mengikuti laman media sosial rasmi LZS.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.