KUALA LUMPUR, 30 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di seluruh Kelantan dan Terengganu bermula 8 hingga 11 Disember.
Hujan berterusan tahap waspada dalam tempoh sama juga dikeluarkan melibatkan beberapa daeraah di Kedah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling dan Perak (Hulu Perak).
Hujan berterusan bermula 9 hingga 11 Disember pula diramal melanda Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) sertaJohor (Mersing dan Kota Tinggi).