SHAH ALAM, 5 DIS: Penganjuran Dialog Shah Alam yang diadakan hari ini menumpukan hala tuju ekonomi negara, dengan memberi penerangan mendalam berhubung industri kecerdasan buatan (AI).
Menampilkan panel berpengalaman termasuk ahli akademik, pelajar F Emanuel, 24, berkata penganjuran itu akan memberi gambaran lebih jelas sekali gus memudahkan peserta merancang masa depan.
[caption id="attachment_676464" align="alignright" width="314"] F Emanuel ketika Forum Dialog Shah Alam "Memperkasa Ekonomi Rakyat: Jalan Menuju Kese ahteraan Sosial" di Unisel Shah Alam pada 5 Disember 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Industri AI dan teknologi moden menjadi tumpuan panel. Mereka terangkan penerokaan untuk industri itu, namun mereka hanya dedahkan daripada sudut positif sahaja.
“Mungkin selepas ini kena lebih menyeluruh termasuk kekurangan untuk peserta teroka. Apa pun program seperti ini perlu dipergiat supaya rakyat tahu dan terlibat secara langsung,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi peserta Phanukdet Achuan, 23, berkata program berkenaan menjadi platform untuk pelajar sepertinya mendapat ilmu baharu menerusi pelajaran luar darjah.
Beliau berkata inisiatif Kerajaan Negeri itu perlu diteruskan dan diperluas supaya lebih ramai individu mendapat manfaat berhubung rancangan pembangunan negeri.
[caption id="attachment_676463" align="alignleft" width="329"] Phanukdet Achuan ketika Forum Dialog Shah Alam "Memperkasa Ekonomi Rakyat: Jalan Menuju Kese ahteraan Sosial" di Unisel Shah Alam pada 5 Disember 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Program ini beri maklumat lebih jelas dan lebih dekat. Mudah untuk kita faham kerana panel juga merupakan mereka yang mempunyai pengetahuan dalam pentadbiran,” katanya.
Berlangsung di Universiti Selangor, dialog itu bertujuan mengangkat Selangor sebagai peneraju utama yang mencorakkan wacana kontemporari melibatkan isu strategik antaranya keselamatan, pemanasan global, alam sekitar dan tekonologi.
Dianjurkan kali kedua, ia menampilkan bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Muhammad Ismail dan dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.
Muhammad mengupas tajuk Transformasi Ekonomi Malaysia: Perspektif Terhadap Globalisasi dan Perkembangan Geopolitik dalam Perdagangan, Pekerjaan dan Pendidikan.