ad
AGENSI

LZS optimis kutip zakat lebih RM1.22 bilion tahun ini, bantu lebih ramai asnaf

4 Dis 2024, 10:00 AM
LZS optimis kutip zakat lebih RM1.22 bilion tahun ini, bantu lebih ramai asnaf
LZS optimis kutip zakat lebih RM1.22 bilion tahun ini, bantu lebih ramai asnaf
LZS optimis kutip zakat lebih RM1.22 bilion tahun ini, bantu lebih ramai asnaf

SHAH ALAM, 4 DIS: Lembaga Zakat Selangor (LZS) optimis mampu mengutip zakat lebih RM1.22 bilion tahun ini bagi membolehkan pihaknya membantu lebih ramai asnaf dan golongan terjejas.

Ketua Pegawai Operasinya Ahmad Fadhil Hassan menyeru orang ramai terus melunaskan zakat sekali gus membantu pihaknya mengutip RM400 juta lagi bagi mencapai sasaran kutipan tersebut.

[caption id="attachment_676285" align="aligncenter" width="814"] Ketua Pegawai Operasi Lembaga Zakat Selangor (LZS) Ahmad Fadhil Hassan ditemui media pada Majlis pelancaran Kempen Sama-Sama Kongsi LZS 2024 di Ibu Pejabat LZS di Seksyen 13, Shah Alam pada 4 Disember 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Selalunya pada bulan Disember kutipan zakat boleh dapat sekitar 30 hingga 40 peratus selain bulan kemuncak Ramadan, hujung tahun juga merupakan bulan yang penting

“Semakan kami juga mendapati ada lebih kurang sejuta orang lagi pembayar yang berpotensi mengeluarkan zakat di Selangor, kita amat mengalu-alukan mereka bayar zakat supaya lebih ramai asnaf dapat disantuni,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas melancarkan Kempen Sama-Sama Kongsi LZS 2024 di ibu pejabat LZS, Seksyen 13 di sini hari ini.

[caption id="attachment_676287" align="aligncenter" width="814"] Ketua Pegawai Operasi Lembaga Zakat Selangor (LZS) Ahmad Fadhil Hassan (kanan) bersama Ketua Pegawai Kewangan dan Teknologi Maklumat LZS Rapizah Muhammad Sharif melakukan simbolik perasmian Kempen Sama-Sama Kongsi Lembaga Zakat Selangor 2024 di Ibu Pejabat LZS Seksyen 13, Shah Alam pada 4 Disember 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhil berkata lebih 73,000 asnaf direkodkan dengan peningkatan lebih 12,000 asnaf baharu setiap tahun.

Jelasnya, semakan LZS mendapati kira-kira 70 peratus asnaf menetap di bandar berbanding sebelum ini rata-ratanya di desa.

“Kita ikut kadar had kifayah, ketetapan dari segi syariah dan fatwa iaitu isi rumah RM2,990. Sekiranya pendapatan isi rumah di bawah itu mereka layak memohon dan dibanci untuk menjadi asnaf di Selangor," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.