ad
AGENSI

KDEBWM sedia bantu pembersihan pascabah di negeri terkesan

4 Dis 2024, 8:00 AM
KDEBWM sedia bantu pembersihan pascabah di negeri terkesan
KDEBWM sedia bantu pembersihan pascabah di negeri terkesan

Oleh ANNA FARINA ABDUL RAUF

SHAH ALAM, 4 DIS: KDEB Waste Management (KDEBWM) bersedia menghantar bantuan untuk melaksanakan operasi pembersihan pascabanjir di negeri yang terkesan dengan musibah itu.

Pengarah Urusannya Dato' Ramli Mohd Tahir berkata pihaknya menunggu arahan daripada Kerajaan Negeri, di samping terus bersedia dengan sebarang kemungkinan banjir di Selangor.

"KDEBWM 100 peratus bersedia di semua kawasan di Selangor sahaja tetapi jika kita dapat arahan untuk membantu Terengganu, Kelantan, Kedah contohnya, kita bersedia," katanya.

[caption id="attachment_636588" align="alignright" width="445"] Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) Dato’ Ramli Mohd Tahir (kanan) ketika sidang media mengenai operasi KDEBWM sepanjang Aidilfitri di Ibu Pejabat KDEBWM, Shah Alam pada 5 April 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Sebelum ini, Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri akan menggerakkan jenteranya untuk membantu proses pascabanjir di negeri yang terkesan.

Menurutnya, Selangor berhubung dengan beberapa agensi bagi mengatur pergerakan bantuan serta sukarelawan dan sedang memuktamadkan perkara tersebut.

Banjir melanda negara sejak minggu lepas dengan Kelantan paling teruk apabila merekodkan 41,881 mangsa membabitkan 13,468 keluarga di 93 pusat pemindahan sementara, setakat 12 tengah hari tadi.

Negeri-negeri lain yang terkesan ialah Terengganu, Perak, Johor, Kedah, Pahang dan Melaka.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.