SHAH ALAM, 4 DIS: Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2024 yang bertemakan 'Menghubungkan Hati dan Minda' menjadi antara acara penting bagi menyemarak budaya membaca dalam kalangan masyarakat.
Bertempat di Pusat Konvensyen Setia City, pesta buku sempena Sidang Kemuncak Pendidikan Selangor (SES) yang membuka tirainya sejak 27 November hingga semalam menarik sekitar 300,000 pengunjung.
Disempurnakan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, SES dan SIBF berlangsung meriah dengan pelbagai pengisian menarik untuk semua lapisan umur.
Turut berlangsung Ekspo Penyelidikan dan Inovasi Selangor (SRIE), Ekspo Pendidikan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) Selangor serta Worldskills Malaysia Selangor 2024.
Jurufoto AHMAD ZAKKI JILAN, FIKRI YUSOF, HARUN TAJUDIN, MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN sempat merakam suasana dan kemeriahan sepanjang SIBF 2024.
[caption id="attachment_676089" align="aligncenter" width="700"] DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi EXCO Belia Najwan Halimi (kiri) dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Datin Paduka Mastura Muhamad berkenan berangkat pada Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 27 November 2024.[/caption]
[caption id="attachment_676087" align="aligncenter" width="809"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari meluncurkan dua buku sempena majlis penutup Sidang Kemuncak Pendidikan Selangor (SES) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 1 Disember 2024.[/caption]
[caption id="attachment_676088" align="aligncenter" width="812"] Pengarah dan Perlakon Sabri Yunus bersama isterinya Ardini Angeline Tan tidak ketingalan mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 1 Disember 2024.[/caption]
[caption id="attachment_676095" align="aligncenter" width="811"] Pengunjung memilih kitab-kitab agama ketika mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 1 Disember 2024.[/caption]
[caption id="attachment_676085" align="aligncenter" width="977"] Pengunjung memilih buku direruai pameran Book Cafe dalam Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 1 Disember 2024.[/caption]
[caption id="attachment_676224" align="aligncenter" width="788"] Pengunjung memilih buku terjemahan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) sempena hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 3 Disember 2024.[/caption]
[caption id="attachment_676225" align="alignnone" width="780"] Petugas PPAS membantu pengunjung mendaftar untuk cabutan bertuah sempena hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 3 Disember 2024.[/caption]
[caption id="attachment_676084" align="alignnone" width="893"] Pengarah dan Perlakon Sabri Yunus membaca kumpulan puisi remaja Adiwira Negara tulisan Ladin Nuawi di luar dewan ketika Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 1 Disember 2024.[/caption]
[caption id="attachment_676091" align="aligncenter" width="814"] Kanak-kanak mencuba robot kawalan jauh di Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 1 Disember 2024.[/caption]
[caption id="attachment_676090" align="aligncenter" width="734"] Kanak-kanak mencuba pengembaraan merentasi masa menggunakan Teknologi Realiti Maya atau Virtual Reality (VR) di Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 1 Disember 2024.[/caption]
[caption id="attachment_676086" align="aligncenter" width="814"] Pengunjung mengisi borang cabutan bertuah di Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 1 Disember 2024.[/caption]
[caption id="attachment_676093" align="aligncenter" width="815"] Pengunjung tidak melepaskan peluang mencuba sukan memanah pada Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam pada 30 November 2024.[/caption]
[caption id="attachment_676094" align="aligncenter" width="813"] Kanak-kanak meluangkan masa di reruai Anis sempena Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 1 Disember 2024.[/caption]
[caption id="attachment_676096" align="aligncenter" width="815"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyampaikan cek cura e-baucar buku siswa #kitaselangor dalam majlis penutup Sidang Kemuncak Pendidikan Selangor (SES) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 1 Disember 2024.[/caption]
[caption id="attachment_676097" align="aligncenter" width="761"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyampaikan cek cura Anugerah Tangan Emas Dato' Menteri Besar Selangor 2024 dalam majlis penutup Sidang Kemuncak Pendidikan Selangor (SES) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 1 Disember 2024.[/caption]