ad
AGENDA

Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera, banteras aktiviti anti negara

3 Dis 2024, 3:49 PM
Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera, banteras aktiviti anti negara

SEOUL, 3 DIS: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol hari ini mengisytiharkan undang-undang tentera, sambil menuduh parti pembangkang terlibat dalam "aktiviti anti-negara yang merancang pemberontakan," lapor agensi berita Yonhap.

"Undang-undang tentera ini bertujuan membanteras kumpulan pro-Korea Utara dan melindungi kestabilan perlembagaan berteraskan kebebasan," kata Yoon dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.

Langkah ini diambil selepas Parti Demokratik pembangkang meluluskan rang undang-undang belanjawan berskala kecil dalam jawatankuasa belanjawan parlimen, selain mengemukakan usul pendakwaan terhadap seorang juruaudit negara dan ketua pendakwa raya.

- BERNAMA-YONHAP

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.