ad
AGENSI

MTOS tekad perkasa golongan OKU, peroleh peluang sama rata

3 Dis 2024, 1:30 PM
MTOS tekad perkasa golongan OKU, peroleh peluang sama rata
MTOS tekad perkasa golongan OKU, peroleh peluang sama rata
MTOS tekad perkasa golongan OKU, peroleh peluang sama rata

SHAH ALAM, 3 DIS: Majlis Tindakan Orang Kurang Upaya (OKU) Selangor (MTOS) tekad memperluas akses golongan OKU supaya mereka diberi peluang sama rata dengan individu lain.

Pengerusinya Danial Al-Rashid Haron berkata pelbagai dasar dan inisiatif dirancang dan dilaksana bagi memperkasa golongan OKU dalam pelbagai sektor termasuk pendidikan, pekerjaan, infrastruktur dan kebajikan.

"Masih terdapat pelbagai cabaran yang perlu diatasi dalam mencapai masyarakat yang benar-benar mesra OKU. Oleh itu, kami komited memperluas akses pendidikan supaya golongan ini diberi peluang sama rata.

"Kita juga akan meningkatkan kesedaran dalam kalangan majikan melalui program latihan dan insentif supaya golongan OKU dapat memainkan peranan penting dalam sektor pekerjaan," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Danial Al-Rashid berkata fasiliti awam seperti masjid, sekolah dan pusat komuniti yang lebih mesra OKU turut ditingkatkan dengan menyediakan teknologi bantuan yang bersesuaian.

Jelasnya, kesejahteraan rohani OKU juga akan ditingkatkan menerusi pelaksanaan program khas seperti pembelajaran agama mengikut keperluan supaya hak beragama dapat dipertahankan.

"Kita di Selangor berazam untuk memastikan tiada siapa tertinggal dalam pembangunan negeri yang adil dan sejahtera, golongan OKU bukan sahaja dilindungi haknya, tetapi berpeluang menyumbang secara aktif dan produktif dalam komuniti.

"Sekali lagi, saya mengucapkan Selamat Hari OKU Sedunia 2024 kepada semua. Semoga usaha kita untuk memperkasakan OKU akan terus diberkati dan memberi dampak positif yang berpanjangan," katanya.

Menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2025, Dato' Menteri Besar mengumumkan seramai 2,000 rakyat berusia 50 tahun ke atas dan OKU bakal menerima bantuan khairat kematian berjumlah RM1,000.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata program tersebut akan diselaraskan Yayasan Warisan Anak Selangor dengan peruntukan RM20 juta yang akan dibayar bermula 1 Jun 2025.

[caption id="attachment_615885" align="aligncenter" width="1219"] Peserta mengambil bahagian dalam senamrobik di Karnival Sukan OKU peringkat Negeri Selangor di Stadium JKR Seksyen 17 Shah Alam pada 28 November 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.