ad
AGENSI

Dana latihan industri manfaat 200 mahasiswa, bantuan tidak kurang RM500

3 Dis 2024, 12:30 PM
Dana latihan industri manfaat 200 mahasiswa, bantuan tidak kurang RM500

SHAH ALAM, 3 DIS: Program Selangor Internship Student Programme (SISPRO) memberi manfaat kepada lebih 200 pelatih industri dalam kalangan anak Selangor.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Selangor, Zaini Sulaiman berkata bantuan kewangan berjumlah antara RM500 hingga RM1,000 diberikan terus kepada pelajar terpilih.

"Program ini kerajaan negeri memberi bantuan kepada mahasiswa di IPT dalam bentuk kewangan sepanjang mereka menjalani latihan industri.

"Yayasan Selangor sebagai agensi pelaksana bagi program ini akan mulakan program ini pada bulan ini dan kenal pasti pelajar atau mahasiswa yang memerlukan bantuan SISPRO ini," katanya.

Beliau berkata demikian Ketika ditemui selepas hadir ke pelancaran Program Internship Mahasiswa Selangor (SISPRO) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam semalam.

Tambah beliau, program SISPRO adalah salah satu intipati teras pendidikan dalam Belanjawan 2024 dimana dana sebanyak RM300,000 telah diperuntukkan untuk program pada tahun ini.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.