ad
AGENDA

Lebih 4,000 penyakit berjangkit dikesan di PPS seluruh Kelantan

3 Dis 2024, 8:42 AM
Lebih 4,000 penyakit berjangkit dikesan di PPS seluruh Kelantan

TUMPAT, 3 DIS: Sebanyak 4,894 kes penyakit berjangkit dilaporkan dikesan di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Kelantan setakat semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin berkata penyakit tertinggi dikesan adalah jangkitan pernafasan sebanyak 2,923 kes diikuti dengan jangkitan kulit 1,367 kes.

Beliau berkata penyakit lain termasuk gejala gastroenteritis akut sebanyak 116 kes, konjunktivitis (99) dan demam virus (376).

“Kesemua kes telah dirawat oleh pasukan perubatan di PPS dan keadaan kini adalah terkawal.

“Kebanyakan kes dikesan di PPS daerah Pasir Mas, Machang dan Tumpat,” katanya kepada pemberita di PPS Sekolah Kebangsaan Padang Pohon Tanjung di sini hari ini.

Dr Zaini berkata beberapa pasukan daripada jabatan telah digerakkan ke seluruh PPS bagi memantau keadaan mangsa banjir, khususnya memeriksa tahap kesihatan mereka yang dijangkiti penyakit daripada berjangkit kepada mangsa banjir lain.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.