ad
AGENDA

Batal projek tebatan banjir kerana Kerajaan Madani tolak amalan runding terus

3 Dis 2024, 6:50 AM
Batal projek tebatan banjir kerana Kerajaan Madani tolak amalan runding terus

SHAH ALAM, 3 DIS: Keputusan membatalkan beberapa projek tebatan banjir adalah kerana kerajaan Madani menolak amalan rundingan terus yang asasnya disifatkan cukup lemah, kata perdana menteri.

Tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim, keputusan itu juga dapat menyelamatkan dana besar daripada yang diperuntuk sebelum ini, malah semua projek mengikut jadual setakat ini.

"Sebab batalkan ialah dasar Kerajaan Madani menolak rundingan terus yang bagi saya cukup lemah asasnya.

"Ikut kontraktor yang kenal dengan kementerian atau menteri dan akan menetapkan kadar berdasarkan penilaian teknikal dan sebagainya.

"Sekatat ini, semua mengikut jadual kecuali tidak silap saya di Terengganu. Kalau dikatakan apakah ada bukti bahawa ada upaya menyelamatkan dana, kita ada rekod bahawa dalam rundingan terus dengan proses tender memang kita selamatkan dana besar daripada yang diperuntukkan sebelumnya," katanya.

Terdahulu, beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung kesan apabila kerajaan memutuskan untuk membatalkan dan tender semula projek tebatan banjir.

Dalam pada itu, Anwar memaklumkan tiga projek RTB yang sudah siap di Terengganu iaitu RTB Sg Besut Fasa 1, RTB Gong Kiat dan RTB Guntung Luar, Setiu.

"Di Pahang melaksanakan 14 projek Utama serta lapan projek sedang dalam pelaksanaan. Di Pekan Kuantan, Sungai Yeh, Sungai Maran, Sungai Jelai, Sungai Pahang dan lain-lain dalam pelaksanaan," ujarnya.

Berikut adalah perkembangan projek tebatan banjir:

Kelantan

Fasa 1: meliputi jajahan Tumpat dan sebahagian Pasir Mas (70% siap, jangka siap dijangka awal tahun 2026)

Fasa 2: meliputi jajahan Rantau Panjang dan sebahagian Pasir Mas (minta dipercepatkan)

Fasa 3: meliputi jajahan Tumpat, Tanah Merah, Pasir Mas dan Jeli (4% siap).

PLSB Sungai Kelantan

Fasa 1: meliputi jajahan Kota Bharu, Tumpat, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai (98% siap, jangka siap Januari atau Februari 2025)

Fasa 2: meliputi jajahan Kota Bharu (baru dimulakan pada tahun ini, 4% siap).

Di Terengganu

-RTB Kemasik (91.8% siap, jangka beroperasi penuh pada akhir Januari 2025)

-RTB Sungai Tepoh dan Benggol Air Lilih (baru dimulakan) termasuk di Bukit Puteri dan Bukit Payung.

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.