ad
PBT

Pertandingan memancing Terbuka Selangor tawar hadiah wang tunai RM53,000

3 Dis 2024, 4:55 AM
Pertandingan memancing Terbuka Selangor tawar hadiah wang tunai RM53,000

SHAH ALAM, 3 DIS: Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM53,000 menanti peserta pertandingan memancing Terbuka Selangor di Pantai Bagan Lalang, Sepang pada Ahad ini.

Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) menerusi Facebook memaklumkan pertandingan tersebut dianjur Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Wakjali Event Management.

“Juara bagi Kategori Terbuka akan membawa pulang wang tunai RM15,000, naib juara menerima RM4,000 dan ketiga RM2,000.

“Bagi pemenang keempat dan kelima pula menerima RM500, keenam hingga ke-10 (RM300) dan ke-11 hingga ke-100 mendapat wang tunai RM100,” katanya.

Tambah MPSp, peserta berpeluang memenangi hadiah wang tunai bagi kategori spesis belukang dan ikan duri berjumlah RM14,500 serta hadiah tambahan sebanyak RM6,000 bagi peserta kelahiran dan pemastautin Selangor.

Menurutnya, acara yang bermula jam 9 pagi hingga 1 tengahari itu juga menawarkan 50 hadiah cabutan bertuah berupa barangan elektrik bagi menyerikan majlis.

“Yuran penyertaan adalah RM75 untuk satu joran dan RM50 bagi peserta orang kelainan upaya (OKU),” katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.