ad
AGENDA

Tentera ditemukan lemas, seorang lagi masih hilang dihanyut arus deras

2 Dis 2024, 12:45 PM
Tentera ditemukan lemas, seorang lagi masih hilang dihanyut arus deras

IPOH, 2 DIS: Seorang anggota tentera ditemukan lemas sementara seorang lagi masih hilang di kawasan Hutan Royal Belum semasa menjalankan tugas gerakan Operasi Kota Echo/Foxtrot pada 29 November lepas.

Mangsa lemas dikenali sebagai Lans Koperal Mohd Afandi Jahwin manakala Lans Koperal Ahmad Zulhilmi Ahmad Tamizi masih hilang.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood berkata pihaknya menerima laporan mengenai insiden berkenaan pada 8.56 pagi tadi.

“Hasil siasatan awal, kejadian didapati berlaku pada 29 November lebih kurang 6 petang, semasa dua mangsa bersama tujuh anggota tentera lain sedang cuba menyeberangi Sungai Merah, mangsa gagal menyeberang dan dihanyutkan arus deras,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zulkifli berkata sehubungan itu penyelarasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Satu mangsa ditemukan lemas manakala satu lagi mangsa belum dijumpai, operasi SAR masih diteruskan,” katanya.

- BERNAMA

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.